Institusi Syiar Islam dan Pusat Penyatuan Masyarakat Setempat
Sunday, 7 October 2012
Friday, 5 October 2012
Hikmah 3
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, jadikanlah takwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." (Riwayat daripada Mu'az bin Jabal: Majma' al-Zawaid, Kanz al-Umal.
Adakah usaha yang kuat termasuk kekuatan azam hati boleh merubah sesuatu yang ditentukan Allah SWT sejak azali?
Adalah wajib kita beriktikad bahawa segala cita-cita merupakan sebab pada adat sahaja yang tidak memberi kesan. Bahkan segala yang berlaku walaupun termasuk dengan kekuatan azam hati dan usaha berterusan, pendeknya dikatakan sebagai "oleh kehendak sendiri", datangnya daripada qadak Allah SWT dan qadarnya. Oleh itu, kehendak mahkhluk yang berlainan dari kehendak tuhan tidak memberi sebarang manfaat dan kesan pada hakikat.
Firman Allah SWT: maksudnya;
"Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Fath:21)
Daripada Ibn Umar, sabda Rasullalah SAW:
"Setiap sesuatu dengan qadar Allah SWT hingga lemah dan cerdik sekali pun." (Riwayat Muslim & Ahmad)
Namun demikian kita sebagai makhluk yang lemah harus dan tetap yakin bahawa semua yang berlaku yang dicita-cita dan yang membawa musibah adalah dengan qadak Allah SWT. Ada ahli sufi menyembut: " Apabila kami menyebut sesuatu dan ia benar-benar terjadi kami gembira sekali. Sebaliknya, jika tidak berlaku kami gembira sepuluh kali."
Maka marilah kita meningkatkan ketakwaaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya ketakwaan itu membawa kepada ketenangan jiwa serta berpeluang dikasihi Allah SWT.
Sabda Rasulluhah SAW, Allah SWT berfirman:
"Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penghilatan dan tangan yang menguatkan baginya. Jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikan." Hadis Kudsi Riwayat Bukhari

Thursday, 27 September 2012
Hikmah 2
Hikmah 2
Dalam kitab al-Hikam ibn 'Ataillah menyebut bahawa kehendak untuk tajrid yakni beribadat tanpa perlu berusaha dunia, padahal Allah masih menempatkan mu pada golongan yang harus berusaha untuk mendapatkan keperluan sehari-hari, maka kehendak itu adalah daripada syahwat nafsu yang tersembunyi."
Persoalannya, jika seorang lelaki yang kaya tidak melaksanakan tanggungjawab yang wajib:
# Adakah cukup dengan bekerja sahaja? atau
# tidak perlu kerja tetapi cukup dengan beramal sahaja?
Jika dia memilih cara berdiam diri sahaja dan bergantung kepada yang ada seperti orang malas, cara itu adalah kehidupan binatang, dan jika dia teruskan bekerja sambil membelanjakan sebahagian daripada hartanya fi sabillilah sudah tentu lebih baik baginya.
Adapun belajar ilmu itu baik, beramal juga adalah ibadah. Namun sambung al-sheh itu lagi, " Sebaliknya kehendak untuk berusaha, padalah Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang beribadah tanpa perlu kasab(berusaha), maka kehendak yang demikian bererti menurun daripada cita-cita yang tnggi."
Maksud Hiikmah ini: Allah SWT al-Haq menghendaki kamu berada ditempat yang telah ditetapkan sehingga Dia yang menguruskan keluar kamu seperti mana Dia menguruskan masuk kamu. dan bukanlah urusan mu untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkan kamu.
Semoga Allah SWT meletakkan kita ditempat yang paling mudah dan senang dalam meneliti kehidupan di dunia yang membawa kebahagiaan seterusnya.
Sambungan Siri Hikmah
Dikatakan bahawa Allah SWT menguruskan sebab dan akibat sesuatu perkara, maka bukan urusan kita untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkan kita....sambungan Hikmah 2
Wednesday, 26 September 2012
Siri Hikmah
Hikmah 1
Awasi diri daripada bergantung kepada reda Allah SWT dan balasan yang dijanjikan kepada mu seperti solat, puasa, zakat, dan amal-amal lain tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah SWT dan kemuliannya.Marhum dari hikmah ini ialah semakin besar harapan apabila dihiasi dengan amalan taat dan mempu mengelak diri dari maksiat.
"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya." Sahabat bertanya: "Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasullullah SWT: "Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah SWT kepadaku" (Riwayat Muslim)
Sunday, 23 September 2012
Friday, 21 September 2012
Program Hari Ini
Jumaat. 21hb. Sept.2012
1. Pembelajaran Iqra' Asas dan Tasmid:
Khusus untuk muslimah dewasa: Jam 4:30 petang hingga 6:00 petang
Kelolaan: Ustaz Abdul Razak
2. Solat Hajat Khusus UPSR.
Masa : 8.00malam, lepas solat Magrib.
Penganjur : Sekolah KAFA.
Nota* Semua Jamaah dan ibubapa diminta hadir sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)