Tuesday 26 February 2013

Tazkirah a.m: Rabu, 16 Rabiu-akhir 1434

Keutamaan Kasih Sayang:

Sahabat saya dari Kuching menukilkan dalam bliografinya bahawa Islam itu indah. Sesungguhnya ianya indah, shumul, dan agong. Namun ianya jarang dilihat sebagai agama yang memberatkan kasih sayang. Malah nilai ini dilihat kepunyaan Agama Krestian. Nilai murni kasih sayang ini telah dipupuk oleh junjungan besar Rasulullah SAW semenjak Baginda mengembangkan agama langit ini dari awalnya di Makah. Ini jelas dari hubungan beliau dengan para sahabat, isteri-isterinya, jiran tetangga Islam dan bukan Islam yang mengambarkan kasih sayang belia, malah kepada binatang dan tumbuhan.

Miqdam bin Suraih merawikan dari bapanya dari abangnya, di berkata, "Ku tanyakan kepda Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkan  ku ke Syurga?" Rasulallah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberikan makan, memberi salam, dan berkata dengan baik"

Dalam kitab "Raudah Ulama" diceritakan: Nabi Ibrahim as jika hendak makan dia akan berjalan satu atau dua batu mencari orang supaya diajak makan bersama.

Pernah satu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kamu menangis?" Ali menjawab, "Tidak ada tamu yang datang dalam tujuh(7) hari ini. Aku merasa cemas kalau Allah telah menghina ku". Adakah kita merasa cemas sekiranya perkara ini berlaku kepada kita..Sesungguhny tetamu yang datang akan membawa rezeki sekali bersama mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih, Kasihanilah yang di bumi maka yang dilangit akan mengasihimu". Ada yang meriwayatkan: " Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafkan"

Sesungguhnya sikap berkasih sayang ini harus ditunjukkan terutamanya kepada kepada saudara terdekat, kemudian jiran tetangga dan selanjutnya kepada para sahabat dan sesama Islam dan bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Disamping itu menyayangi binatang dan tidak menyeksakannya",

Wallahualam


No comments:

Post a Comment