Monday 18 March 2013

Tazkirah a.m: 6Jamada Awal 1434

Siri Membina Masyarakat Penyayang - Menjaga Mulut


Mulut yang cerewet, dapat merosakkan hubungan dengan orang lain, baik kepada suami atau isteri, kepada anak-anak, mahu pun kepada jiran tetangga. Telah diungkapkan bahawa hikmah Allah mencipta manusia terdiri dari satu mulut dan dua telinga ialah agar manusia lebih banyak mendengar daripada berbicara, jika yang dibicara itu tidak baik. Namun juka diucapkan itu lebih banyak kepada berzikir, berdahwah, amar makruf nahi mungkar, maka itu lebuh baik dan mendapat pahala dari Allah SWT.

Mulut yang suka berbicara tidak menentu itu merupakan gambaran kebodohan, atau jiwa dan fikiran seseorang yang tidak sihat. Malah orang yang cerewet ini diumpamakan oleh Rasulullah SAW bagaikan syaitan. Sabda Rasulullah SAW:  
"Kedua orang yang bertengkar dengan mulut, adalah dua syatan yang saling membohongi dan saling membuka aurat"      HR Muslim

Pernah suatu ketika Siti Aisyah r.a bercerita, ketika Abu Bakar Al-Siddiq mencaci maki hamba sahayanya kerana sangat marah dengan kesalahan yang mereka lakukan. Maka Rasulullah SAW masuk dan mendengar semuanya, lalu baginda bersabda: 
"Demi Tuhan, tidaklah mungkin seseorang pencaci maki menjadi mukmin sejati."

Mendengar teguran tadi, segera Abu Bakar Siddiq memerdekan semua hamba sahayanya, kemudian menghadap kepada Nabi berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Dari mulut yang suka mencaci maki dan cerewet ini juga, dapat menimbulkan kederhakaan yang besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Diantara kederhakaan yang terbesar ialah mencaci maki kedua orang tuanya. "Ya Rasulullah, apakah ada orang yang mencaci maki orang tuanya sendiri?" Tanya para sahabat. "Dia mencaci maki ayah orang lain, lalu dibalasnya dengan yang serupa. Kemudian mencaci maki ibu orang lain, maka dibalasnya juga."     HR Buhari

No comments:

Post a Comment