Tuesday 5 March 2013

Tazkirah a.m: Selasa 22Rabiu-akhir 1434

Membina Masyarakat Penyayang - Pengukuhan Hak Kerabat

Setelah Abu Bakar Siddq menghentikan bantuannya kepada kerabatnya Musthah yang diberikan setiap bulan, lantaran kerabatnya ikut memfitnah Siti Aisyah isteri Rasulullah SAW, maka turunlah ayat Allah sebagai teguran sikap beliau tersebut. Firman Allah SWT bermaksud:
Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan diatara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberikan bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkannya dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni? Dan Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang"    An-Nur:22

Demikianlah Allah SWT mengancam mereka yang mengabaikankan tali silaturrahim terhadp kerabat. Kerana bantuan yang kita berikan kepada kerabat itu, merupakan usaha kita juga dalam meningkatkan hubungan dengan Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa beriman terhadap Allah dan hari kemudian, hendaklah mengeratkan hubungan dengan kerabatnya." 

Menjaga hak asasi kerabat merupakan unsur yang penting dalam membentuk jiwa yang penyayang. Jika kerabat merupakan orang yang mempunyai hubungan terdekat tidak mampu kita menjalinkan rasa silaturrahim, ini membuktikan bahawa di dalam diri kita telah beransur-ansur hilang rasa kasih sayang yang ikhlas. Seandainya perasaan ini cepat kita sedari, maka kembalilah kepada kebenaran yang dijanjikan Allah seperti yang diterangkan di dalam firman-firman Nya.

Wallah-u alam

No comments:

Post a Comment