Wednesday 27 March 2013

'Angan-angan' Untuk Menaik-taraf Ruang Musola Wanita

Ramai para jemaah telah menyuarakan agar tembok(dinding) pemisah antara ruang solat muslimin dan muslimat dapat dirobohkan agar para jemaah muslimah tidak terasa terpencil. Cadangan tersebut sebelum ini telah tidak diletak prioriti utama kerana bilangan jamaah wanita yang hadir pada sesuatu masa amat sedikit bilangannya. Namun begitu apabila jemaah wanita mula menunjuk minat untuk hadir bersolat jemaah serta mengikuti siri pengajian yang dianjurkan menjelang waktu Isyak pada setiap malam telah menampakkan peningkatan maka menjadi tanggung-jawab pengurusan madrasah untuk meletak cadangan ini pada perspektif yang jelas.

Ruang solat wanita ini sebenarnya telah pun dicantikkan menjelang bulan Ramadan lepas, namun tembok(dinding) pemisah yang sedia ada sekarang membataskan fokus solat para jamaah wanita serta kurang jelas berlakunya ketelusan(pandangan) pergerakan dalam berjamaah. Kedua, ruang solat wanita ini terbuka kepada pencemaran bunyi bising dari bunyi kenderaan melintasi jalan raya serta jemaah kanak-kanak belajar Iqra'. Ini menjadikan nya tidak sesuai untuk para jamaah wanita mengikuti siri pengajian yang diadakan. Ketiganya, peningkatan amat ketara jamaah wanita yang ber'safar' berhenti bersolat diMadrasah ini kerana kedudukannya ditepi jalan.

Dibawah ini gambaran perspektif penaiktarafan ruang solat wanita yang dicadangkan. Pada peringkat ini gambaran perspektif ini masih lagi diperingkat awal, cadangan-cadangan lain masih dibuka untuk kebaikan bersama. Walaubagaimana pun cadangan untuk menaik-taraf ruang solat wanita ini masih dianggap 'angan-angan' kerana dananya masih belum tersedia. Derma dan infak dari para jemaah, individu dermawan, badan-badan korperat merupakan alternatif utama, insyaallah.

Lakaran Cadangan Menaik-taraf Ruang Musola Wanita Madrasah Addinniah Bukit Antarabangsa.







Monday 18 March 2013

Tazkirah a.m: 6Jamada Awal 1434

Siri Membina Masyarakat Penyayang - Menjaga Mulut


Mulut yang cerewet, dapat merosakkan hubungan dengan orang lain, baik kepada suami atau isteri, kepada anak-anak, mahu pun kepada jiran tetangga. Telah diungkapkan bahawa hikmah Allah mencipta manusia terdiri dari satu mulut dan dua telinga ialah agar manusia lebih banyak mendengar daripada berbicara, jika yang dibicara itu tidak baik. Namun juka diucapkan itu lebih banyak kepada berzikir, berdahwah, amar makruf nahi mungkar, maka itu lebuh baik dan mendapat pahala dari Allah SWT.

Mulut yang suka berbicara tidak menentu itu merupakan gambaran kebodohan, atau jiwa dan fikiran seseorang yang tidak sihat. Malah orang yang cerewet ini diumpamakan oleh Rasulullah SAW bagaikan syaitan. Sabda Rasulullah SAW:  
"Kedua orang yang bertengkar dengan mulut, adalah dua syatan yang saling membohongi dan saling membuka aurat"      HR Muslim

Pernah suatu ketika Siti Aisyah r.a bercerita, ketika Abu Bakar Al-Siddiq mencaci maki hamba sahayanya kerana sangat marah dengan kesalahan yang mereka lakukan. Maka Rasulullah SAW masuk dan mendengar semuanya, lalu baginda bersabda: 
"Demi Tuhan, tidaklah mungkin seseorang pencaci maki menjadi mukmin sejati."

Mendengar teguran tadi, segera Abu Bakar Siddiq memerdekan semua hamba sahayanya, kemudian menghadap kepada Nabi berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Dari mulut yang suka mencaci maki dan cerewet ini juga, dapat menimbulkan kederhakaan yang besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Diantara kederhakaan yang terbesar ialah mencaci maki kedua orang tuanya. "Ya Rasulullah, apakah ada orang yang mencaci maki orang tuanya sendiri?" Tanya para sahabat. "Dia mencaci maki ayah orang lain, lalu dibalasnya dengan yang serupa. Kemudian mencaci maki ibu orang lain, maka dibalasnya juga."     HR Buhari

Thursday 7 March 2013

Tazkirah a.m: Khamis 24Rabiu-akhir 1434

Membina Masyarakat Penyayang: Menerusi Semangat Rasa Kerjasama.

Umat Islam harus berkerjasama dan saling tolong menolong hanya dalam kebaikan, dalam mencapai sesuatu yang diredhai Allah SWT. Sebaliknya berusaha menjauhkan diri dari berkerjasama dalam hal kemaksiatan dan kemungkaran, sebab bertolongan dalam hal keburukan ini akan menghasilkan dosa dan rasa dendam antara sesama kita. Tiada suatu keuntungan yang diperolehi jika kerjasama tersebut diakhiri dengan permusuhan, melainkan hanya membuat syaitan menjadi gembira melihat kehancuran manusia. Firman Allah SWT maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih(daripada perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakin-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  An-Nur:21

Ketika Rasulullah berhasil membebaskan kota Makkah serta menundukkan kaum Quraisy, Nabi SAW tidak melepaskan rasa dendam walaupun lebih kurang dua puluh tahun mereka sebagai penjahat-penjahat yang menentang Islam. Namun Rasulullah SAW menyambut mereka dengan senyuman dan rasa kasih sayang. Baginda SAW mengucapkan: "Wahai penduduk Makkah, kamu semua bebas, dan kembalilah ke rumah masing-masing", "Ya Rasulullah, siapakah yang menyuruh demikian kepadamu?" Tanya Ali bin Abi Thalib. Baginda SAW menjawab: "Allah yang menyuruhku, bukankah Allah SWT telah berfirman maksudnya:
" Dan setiap balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas tanggugan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim."    Asy-Syuara: 40

Kita akan dapat bekerjasama antara satu dengan lainnya jika kita berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain dengan rasa ikhlas. Hanya dengan kemaafan, jiwa kita akan bebas dari dendam dan sakit hati. Disamping itu juga kita diberi pahala sebagai balasan terhadap kemaafan kita tersebut. Dalam sebuah hadith dijelaskan:
"Manakala semua manusia dihimpun Allah SWT di hari Kiamat kelak, terdengarlah panggilan: "Mana ahli kebajikan!" Maka berjalanlah sekumpulan kecil manusia menuju ke Syurka, kemudian disambut oleh para malaikat dengan pertanyaan: "Siapakah anda, sehingga terburu-buru masuk ke Syurga?" "Kami ahli kebajikan." Jawab mereka. "Apa sahaja kebajikan kamu itu?" Tanya Malaikat. "Kami dapat menahan diri jika dizalimi dan memberikan maaf bila disakiti." Jawab mereka. Kemudian mereka dipersilakan masuk ke Syurga sambil dipuji, betapa nikmat pahala bagi mereka yang beramal itu."       HR Asfahani

Oleh sebab itu, orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang murni dan sejati akan saling membatu hanya dalam kebaikan, dalam mencari kurnia Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya:
"Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengancara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang diantaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman setia."    Al-Fushilat: 34

Wednesday 6 March 2013

Tazkirah a.m: Rabu 23Rabiu-akhir 1434

Pengukuhan Masyarakat Penyayang: Menjaga Hak  Tetangga. 

Perselisehan dan pertengkaran selalu sahaja terjadi terhadap orang yang tinggal berdekatan. Perkelahian sesama tetangga merupakan fenomena yang selalu dilihat dalam masyarakat kita. Kadangkala motif pertengkaran merupakan hal yang kecil tapi dibesar-besarkan. Akhirnya hasil dari perkelahian itu meyimpan dendam kesumat yang tersimpan dalam jiwa.

Jika perasaan dendam ini tersimpan dalam diri kita, maka akan sukarlah bagi kita mencipta suasana hidup berjiran secara harmoni. Tentu kita tidak inginkan jiwa kita jadi sakit, lantaran mempunyai sifat dendam dengan jiran kita. Tetangga merupakan orang terdekat yang setiap masa dapat dilihat dan didengar aktiviti mereka. Jika kita tidak menghilangkan sikap dendam, maka jiwa kita akan sakit, kemudian akan mempengaruhi kesihatan fizikal.

Jika menghadapi masalah ini, sebelum ia menjadi masalah yang berlarutan, sebaliknya dilakukan perdamaian dengan segera. Kita tidak perlu iri hati dengan kemajuan yang mereka miliki, mungkin sahaja rahmat Allah yang diberikan kepada tetangga kita tersebut pada masa yang lain akan kita milikinya pula. Umat Islam harus menghargai tetangganya sebagaimana ia menghargai diri sendiri. Sabda Rasulullah SAW,
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka janganlah menggangu tetangganya."  HR Bukhari dan Muslim

Kita perlu mengetahui nilai-nilai iman akan terhapus dalam diri seseorang jika mereka menzalimi tetangga. Sabda Rasulullah SAW,
"Demi Allah, tidak beriman dia, Demi Allah, tidak beriman dia, Demi Allah, tidak beriman dia! "Siapa gerangan dia ya Rasulullah?" Tanya hadirin. "Orang yang di takuti tetangganya" Jawab Baginda.     HR Bukhari.

Dalam mengusahakan kedamaian hati, serta keadilan dan kemakmuran dalam hidup berjiran, hendaklah kita ikuti pesanan Rasulullah SAW:
"Tolonglah bila diminta. Pinjamilah bila dia memerlukan wang. Bantulah dia bila ditimpa kemiskinan. Jengoklah bila dia sakit. Beri ucapan selamat bila dia mendapat anugerah kurnia. Hiburkan lah hatinya bila dia ditimpa musibah. Hantarlah jenazahnya. Jangan meninggikan bangunan rumah mu kecuali seizinnya. Jangan menggangunya dengan bau makanan kamu, kecuali kamu ingin memberinya. Manakala kamu berbelanja buah-buahan berilah sebahagian, jika tidak masuklah ke dalam rumah tanpa tahu mereka. Dan jangan biarkan anak kamu membawa sebijipun, nanti akan menyesal hati mereka"

Berazamlah untuk menjadi seorang tetangga yang terbaik dalam masyarakat. Beri contoh-contoh kehidupan yang baik, serta kehidupan yang diredhai Allah, agar seluruh tetangga dan jiran yang ada di persekitaran kita menjadi jiran tetangga yang terbaik. Sabda Rasulullah,
"Sebaik-baik tetangga disisi Allah, seseorang yang terbaik terhadap tetangganya"    HR Tarmizi

Tuesday 5 March 2013

Tazkirah a.m: Selasa 22Rabiu-akhir 1434

Membina Masyarakat Penyayang - Pengukuhan Hak Kerabat

Setelah Abu Bakar Siddq menghentikan bantuannya kepada kerabatnya Musthah yang diberikan setiap bulan, lantaran kerabatnya ikut memfitnah Siti Aisyah isteri Rasulullah SAW, maka turunlah ayat Allah sebagai teguran sikap beliau tersebut. Firman Allah SWT bermaksud:
Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan diatara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberikan bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkannya dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni? Dan Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang"    An-Nur:22

Demikianlah Allah SWT mengancam mereka yang mengabaikankan tali silaturrahim terhadp kerabat. Kerana bantuan yang kita berikan kepada kerabat itu, merupakan usaha kita juga dalam meningkatkan hubungan dengan Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa beriman terhadap Allah dan hari kemudian, hendaklah mengeratkan hubungan dengan kerabatnya." 

Menjaga hak asasi kerabat merupakan unsur yang penting dalam membentuk jiwa yang penyayang. Jika kerabat merupakan orang yang mempunyai hubungan terdekat tidak mampu kita menjalinkan rasa silaturrahim, ini membuktikan bahawa di dalam diri kita telah beransur-ansur hilang rasa kasih sayang yang ikhlas. Seandainya perasaan ini cepat kita sedari, maka kembalilah kepada kebenaran yang dijanjikan Allah seperti yang diterangkan di dalam firman-firman Nya.

Wallah-u alam

Monday 4 March 2013

Tazkirah a.m: Isnin 21Rabiu-akhir 1434

Membina Masyarakat Penyayang.

Bermula dari diri sendiri, kemudian dalam rumahtangga, harus ditanamkan rasa kasih sayang. Barulah kita dapat membentuk masyrakat yang saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh cakap retorik semata-mata untuk menwujudkan masyarakat penyayang, tetapi harus mempunyai model yang dijadikan panduan. Umat Islam telah dibimbing oleh Rasulullah SAW agar di dalam diri kita masing-masing mempunyai sentuhan rasa kasih sayang. Fitrah kebajikan yang ada dalam diri, merupakan modal asas untuk menjayakan sebuah masyarakat yang saling mencintai antara sesamanya.

Seorang muslim dangan muslim yang lain pada prinsipnya bersaudara. Tidak boleh menzalimi dan mengkhianati atau memperkecilkan muslim yang lain. Sabda Rasulullah:
"Orang-orang Islam satu sama lain adalah bersaudara, tidak saling menzalimi, mengkhianati mahupun menghina."    (HR Muslim)

Mungkin sahaja ketika ini kita seorang yang berhasil dalam kehidupan duniawi, sehingga kita menyombong diri serta tidak perlu lagi membantu orang-orang lemah dan sebagainya. Tapi perlu diingat, bahawa segala sesuatu yang kita miliki itu sifatnya tidak kekal, ia akan berakhir pada suatu hari nanti atau bila nyawa kita meninggalkan jasad yang kita sayangi. Kita disuruh Rasulullah SAW,
"menjenguk atau mengunjung orang sakit, menghantarkan jenazah, berdoa terhadap orang bersin, memenuhi keperluan orang lain, membela orang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebar luaskan kedamaian."   HR Mutafakun 'Alaih

Semua yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW itu merupakan usaha yang perlu dilakukan dalam membentuk masyarakat yang saling sayang menyayangi antara  sama manusia. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah meletakkan batu asas tentang masyarakat penyayang ini.

Jestru itu beberapa langkah mungkin kita dapat ambil sebagai program perlaksanaan merealisasikan masyarakat penyayang yang dianjurkan oleh Islam. Antaranya menjaga hak asasi kerabat, hak asasi tetangga, menubuhkan ukhwah kerjasama masyarakat, tidak cerewet, tidak mengacam keamanan orang lain, tidak memfitnah dan sebagainya. Isya-Allah akan kita halusi dalam siri berikutnya. 


Sunday 3 March 2013

Tazkirah a.m: Ahad 20Rabiu-akhir 1434

Kearah Masyarakat Penyayang.

Sehingga setakat ini kita telah memberi tumpuan kepada keperluan belaian kasih sayang kepada mereka-mereka yang sangat memerlukan, fakir miskin, anak yatim, serta yang tidak berkemampuan. Usaha ini sama dengan dengan jihad fisabilillah. Namun begitu ketenangan jiwa akan lebih dirasai sekiranya dapat membantu orang lain dengan jiwa fikiran yang sihat. Dalam sebuah hadis dijelaskan:
"Barang siapa yang membantu daripada orang-orang mukmin sesuatu kesukaran dari kesukaran-kesukaran dunia, maka Allah SWT akan menghilangkan daripadanya satu kesukaran dari kesukaran-kesukaran hari Kiamat. Dan barangsiapa menolong seseorang dalam kesusahan, maka Allah SWT menolongnya didunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutup aib seseorang muslim, makan Allah SWT akan menutup malunya di dunia dan di akhirat.

Dan Allah tetap menolong seseorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya. Dan barang siapa melalui perjalanan untuk mencari ilmi, maka Allah SWT mudahkan baginya jalan ke Syurga.Dan tidaklah berkumpul satu kaum di dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah melainkan membaca kitab-kitab suci Allah dan mempelajarinya besama-sama. Maka atas mereka akan diturunkan ketenangan dan mereka diliputi  rahmat serta dikelilingi oleh Malaikat. Dan Allah pun menyebut mereka pada orang-orang yang dekat di sisi-Nya. Dan barangsiapa yang dilipatkan oleh amalnya, dia tidak akan dicepatkan perhitungannya"  HR Muslim

Demikianlah, bahawa ketenangan jiwa dan fikiran itu merupakan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan seseorang muslim. Ianya hanya akan diperolehi dengan melakukan banyak kebajikan dan kebaikan. Mencari ketenanga jiwa telah banyak diajar oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Cuma terserah  kepada diri sendiri untuk melaksanakan nya dalam kehidupan seharian. Insya Allah kita akan menjadi masyarakat yang penyayang sesuai dengan ajaran Islam.

Saturday 2 March 2013

Tazkirah a.m: Sabtu 19Rabiu-akhir 1434

Sambungan Siri Kasih Sayang: Yang Merindui Belaian Kasih.

Merupakan kewajipan bagi setiap individu untuk mencintai dan menyayangi kelauarga. Namun masih ada orang lain yang sangat merindui akan kasih sayang dari kita. Mereka adalah orang-orang sepi akan rasa kasih sayang itu, seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

Sesungguhnya besar sekali pahala yang akan dilimpahkan Allah kepada mereka yang suka membantu dan bermurah hati kepada anak yatim dan fakir miskin ini. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Kedudukan orang yang memelihara anak yatim bersamaku disyurga bagai dua jari(sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah)    (HR Bukhari)

Kasih sayang Allah juga akan melimpah terhadap orang yang menyayangi anak yatim dengan ikhlas. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Satu-satunya rumahtangga yang paling disayangi Allah, rumahtangga yang mana anak yatim dipelihara dengan sebaik-baiknya"       (HR Tabrani)

Begitu besar perhatian Allah dan Rasul-Nya terhadap anak yatim ini. Sebab mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang namun tempat mereka bersandar telah tiada. Maka setiap orang Islam berhak menyayangi dan meghargainy sebagai anak sendiri.

Nilai kasih sayang dan perhatian dari orang dewasa terhadap anak-anak sangat besar ertinya. Baik anak yatim atau pun tidak, bila tidak memperolehi belaian kasih sayang, mereka akan terus berkembang sebagai anak-anak yang kemungkinan akan menjadi nakal. Mereka akan berbuat mengikut kehendak hati, mereka akan mencari belaian kasih sayang itu dimana sahaja, mungkin ditempat-tempat yang tidak baik dari pandangan sosial, akhirnya terjadilah kecelaruan masyarakat remaja, yang menyebabkan mental mereka mempunyai penyakit.

Orang yang menyayangi anak-anak yatim, Allah tidak akan menyeksanya pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Demi Allah, di hari kiamat kelak, Allah tidak akan menyeksa orang yang menyantuni anak-anak yatim, bersikap lemah lembut terhadapnya dan merasa hiba melihat kelemahan dan keyatimannya"  HR Tabrani.

Membantu mereka yang merindui belaian kasih dan mencukupi kehidupan mereka sama dengan berjihad fisabilillah. Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Membantu kepada janda dan fakir miskin, samalah dengan berjihad fisabilillah atau berpuasa dan tahajud sepanjang masa"     HR Bukhari

Friday 1 March 2013

Tazkirah, Jumaat: 18Rabiu-Akhir 1434

Sambungan Nilai Kasih Sayang:

Sesungguhnya menolong orang susah dan didalam kesukaran serta kelaparan, seperti yang dianjurkan dalam tulisan yang lalu, merupakan puncak dari kebajikan dan hikmah yang akan membawa seseorang ketinggian jiwa dan balasan dari Allah SWT yang boleh membahgiakan. Allah SWT berfirman:

"Dan jika(orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai ia dalam keadaan lapang, Dan memberi sedekah kepada(sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui".. Al-Baqarah: 280

Rasulullah SAW merupakan model manusia yang memiliki sentuhan kasih sayang yang perlu kita contohi. Baginda tidak bakhil dalam mencurahkan kasih sayang kepada sesiapa sahaja. Dalam sebuah hadith diterangkan: "Pernah beberapa orang Badwi berjumpa Rasulullah SAW, ketika baginda sedang mencium cucunya. Mereka bertanya: "Apakah engkau biasa mencium anak-anak kamu?", Rasulullah SAW menjawab: "Ya", mereka meneruskan, "malahan kami sebaliknya, tidak pernah mencium anak-anak kami." Kemudian baginda SAW bersabda: "Apa dayaku, kalau Allah sudah mencabut rasa kasih sayng dari hatimu." .... Hadith sahih HR Bukhari dan Muslim

Setiap pelukan mesra serta ciuman dari orang tua untuk anak dan cucunya adalah merupakan curahan kasih sayang yang tersimpan rapi di dalam jiwa. Bukan hanya sekadar hiburan dan kelakar semata, ianya merupakan realiti kehidupan jiwa yang memiliki sentuhan cinta kasih. Hati yang berpenyakit tidak dapat menerima kasih sayang itu sebagai anugerah yang paling agung dari Allah SWT. Bayangkan saja sekiranya kasih sayang itu telah dicabut oleh Allah SWT dari dunia ini, maka semua manusia akan menjadi kasar dan zalim, tidak ada lagi belas kasihan.

Jika kita ingin memiliki sentuhan kasih sayang yang sentiasa hidup dan segar didalam jiwa, tentu harus banyak melakukan berbagai usaha untuk mewujudkan nya. Diantaranya membangunkan kesedaran diri dan berhati-hati. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tiap mukmin itu itu selalu berhati-hati, melihat kesalahan-kesalahannya, seakan-akan ia tinggal di kaki bukit yang selalu khuatir akan tumbang menimpa dirinya."     HR Bukhari dan Muslim