Thursday 27 September 2012

Hikmah 2


Hikmah 2

Dalam kitab al-Hikam ibn 'Ataillah menyebut bahawa kehendak untuk tajrid yakni beribadat tanpa perlu berusaha dunia, padahal Allah masih menempatkan mu pada golongan yang harus berusaha untuk mendapatkan keperluan sehari-hari, maka kehendak itu adalah daripada syahwat nafsu yang tersembunyi."

Persoalannya, jika seorang lelaki yang kaya tidak melaksanakan tanggungjawab yang wajib:
# Adakah cukup dengan bekerja sahaja? atau
# tidak perlu kerja tetapi cukup dengan beramal sahaja?

Jika dia memilih cara berdiam diri sahaja dan bergantung kepada yang ada seperti orang malas, cara itu adalah kehidupan binatang, dan jika dia teruskan bekerja sambil membelanjakan sebahagian daripada hartanya fi sabillilah sudah tentu lebih baik baginya.

Adapun belajar ilmu itu baik, beramal juga adalah ibadah. Namun sambung al-sheh itu lagi, " Sebaliknya kehendak untuk berusaha, padalah Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang beribadah tanpa perlu kasab(berusaha), maka kehendak yang demikian bererti menurun daripada cita-cita yang tnggi."

Maksud Hiikmah ini: Allah SWT al-Haq menghendaki kamu berada ditempat yang telah ditetapkan sehingga Dia yang menguruskan keluar kamu seperti mana Dia menguruskan masuk kamu. dan bukanlah urusan mu untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkan kamu.

Semoga Allah SWT meletakkan kita ditempat yang paling mudah dan senang dalam meneliti kehidupan di dunia yang membawa kebahagiaan seterusnya. 

Sambungan Siri Hikmah

Dikatakan bahawa Allah SWT menguruskan sebab dan akibat sesuatu perkara, maka bukan urusan kita untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkan kita....sambungan Hikmah 2

Wednesday 26 September 2012

Siri Hikmah

Hikmah 1

Awasi diri daripada bergantung kepada reda Allah SWT dan balasan yang dijanjikan kepada mu seperti solat, puasa, zakat, dan amal-amal lain tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah SWT dan kemuliannya.

Marhum dari hikmah ini ialah semakin besar harapan apabila dihiasi dengan amalan taat dan mempu mengelak diri dari maksiat.


"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya." Sahabat bertanya: "Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasullullah SWT: "Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah SWT kepadaku" (Riwayat Muslim)

Friday 21 September 2012

Program Hari Ini

Jumaat. 21hb. Sept.2012

1. Pembelajaran Iqra' Asas dan Tasmid:


     Khusus untuk muslimah dewasa: Jam 4:30 petang hingga 6:00 petang
     Kelolaan:     Ustaz Abdul Razak


2.  Solat Hajat Khusus UPSR.


     Masa       :   8.00malam, lepas solat Magrib.
     Penganjur :  Sekolah KAFA.
     Nota*          Semua Jamaah dan ibubapa diminta hadir sama.
   


Thursday 20 September 2012

Amal Korban di"off-shoring" ke Kemboja

IsyaALLAH, pihak pengurusan madrasah bercadang untuk menguruskan amal korban pada tahun ini ke Masjid Jakho Sriembil, Kohkong, KEMBOJA. Program ini dipertimbangkan untuk perlaksanaan atas sebab-sebab berikut:

1.  Jumlah sembelihan korban dikawasan visiniti Bukit Antarabangsa, berdasarkan pengalaman tahun lepas, mencecah lebih 30 ekor lembu; ini bermaana pengagihan daging korban melebihi dari cukup;

2.  Untuk melaksanakan amal korban memerlukan ramai sukarelawan. Sukarelawan yang sedia ada mungkin bertumpu ke kedua tempat Masjid Bkt. Antarabangsa dan Surau Bkt. Mulia;

3.  Adalah dijangkakan, dengan melaksanakan program ini ke Kemboja, harga untuk sebahagian penyertaan akan dapat dikurangkan;

4.  Kita juga menjangkakan bahawa pengagihan untuk daging korban tersebut akan lebih tepat, manakala sukarelawan untuk melaksanakan kerja korban tersebut mungkin mudah didapati.

Oleh itu, mereka-mereka yang bercadang untuk menlaksanakan korban pada tahun ini dan bercadang untuk mengikuti program yang akan kami laksanakan ini, sila dapatkan dapatkan maklumat dan borang khas dimadrasah. Atau hubungi 019-263 8434, En. Nordin Sarji