Tazkirah

Hikmah 2

Dalam kitab al-Hikam ibn 'Ataillah menyebut bahawa kehendak untuk tajrid yakni beribadat tanpa perlu berusaha dunia, padahal Allah masih menempatkan mu pada golongan yang harus berusaha untuk mendapatkan keperluan sehari-hari, maka kehendak itu adalah daripada syahwat nafsu yang tersembunyi."

Persoalannya, jika seorang lelaki yang kaya tidak melaksanakan tanggungjawab yang wajib:
# Adakah cukup dengan bekerja sahaja? atau
# tidak perlu kerja tetapi cukup dengan beramal sahaja?

Jika dia memilih cara berdiam diri sahaja dan bergantung kepada yang ada seperti orang malas, cara itu adalah kehidupan binatang, dan jika dia teruskan bekerja sambil membelanjakan sebahagian daripada hartanya fi sabillilah sudah tentu lebih baik baginya.

Adapun belajar ilmu itu baik, beramal juga adalah ibadah. Namun sambung al-sheh itu lagi, " Sebaliknya kehendak untuk berusaha, padalah Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang beribadah tanpa perlu kasab(berusaha), maka kehendak yang demikian bererti menurun daripada cita-cita yang tnggi."

Maksud Hiikmah ini: Allah SWT al-Haq menghendaki kamu berada ditempat yang telah ditetapkan sehingga Dia yang menguruskan keluar kamu seperti mana Dia menguruskan masuk kamu. dan bukanlah urusan mu untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkan kamu.

Semoga Allah SWT meletakkan kita ditempat yang paling mudah dan senang dalam meneliti kehidupan di dunia yang membawa kebahagiaan seterusnya. 

No comments:

Post a Comment