Wednesday 20 November 2013

RAYUAN FISABILILLAH UNTUK MENAIKTARAF RUANG SOLAT WANITA

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatan-kuasa Madrasah Addinniah minggu lepas telah bersetuju untuk membenarkan RAYUAN FISABILILLAH kepada khalayak ramai untuk menaiktaraf ruang solat wanita Madrasah. Keperluan ini agak segera kerana para jemaah wanita merasakan ruang solat sekarang agak terbuka, tidak selamat, terpisah dari ruang solat utama, dan pencemaran bunyi bising.

Oleh itu mereka-mereka yang bermurah hati bolehlah mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan amal jariah "yang berterusan" seperti air mengalir.

Para dermawan boleh mendeposit terus derma tersebut ke akaun bank Muamalah, cawanagan Melawati, 1403 0003 0347 11, sila talifon 018-354 7314 untuk mendapatkan resit bagi pemotongan cukai pendapatan. Derma tunai boleh dibuat terus ke TABUNG FISABILILLAH KHAS di Madrasah:



Tuesday 5 November 2013

Disekitar Program Menyambut Kedatangan Maal Hijrah 1435

Admin Madrasah merafakkan kesyukuran kehadrat Alllah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah membuka hati ramai ahli kariah hadir keMajlis Menyambut Kedatangan Maal Hijrah 1435

Program pada petang 30Zulhijjah itu dimulakan dengan doa akhir tahun sebelum bergema azan maghrib yang menandakan masuknya tahun hijrah 1435.

Sejurus selesai solat maghrib, para jamaah bersama-sama berdoa akan ketibaan tahun baru hijrah 1435 dengan penuh azam untuk mohon keberkatan, kesihatan yang baik, murah rezki serta perlindungan dari Tuhan semesta Alam.

Selesai sahaja doa beramai-ramai, para jamaah yang hadir hampir 70 orang, bersama-sama membaca surah Yasin yang lebih merupakan sebahagian dari amal.

Program tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan yang disumbangkan oleh hamba Allah.

Dibawah ini gambar-gambar jamaah bersama-sama menjamu selera rezeki yang dilimpah oleh Allah SWT.





Program Menyambut Maal Hijrah 1435




Salam Maal Hijrah 1435




Sambungan....Perlaksanaan Korban di Bangladesh, Kumpulan 1

Dimuatkan dibawah ini gambar-gambar peristiwa perlaksanaan Korban diBangladesh untuk Kumpulan 1 yang terlewat diterima.


Tuesday 29 October 2013

Perlaksanaan Program Korban Madrasah Addinniah di Bangladesh

Saya baru menerima gambar-gambar perlaksanaan program korban ini malam tadi. Hanya gambar-gambar perlaksanaan penyembelihan untuk hewan lembu #2 dan #3 sahaja yang baru diterima. Sahabat kita di Dacca, Tuan Haji Mohammad Khir memohon maaf kerana gambar gambar untuk perlaksanaan korban untuk lembu no.1 masih belum dapat dihantar kerana keadaan komunikasi fizikal dan internet amat sukar sekali.

Menurut  Tuan Haji Mohammad Khir, saiz dan statistik lembu serta agihan yang sama juga terlibat dalam perlaksanaan ibadah korban bagi lembu no.1

Berikut ini ialah gambar-gambar perlaksanaan korban untuk lembu no. 2:



Manakala paparan berikut pula ialah perlaksanaan korban untuk lembu no.3


Friday 18 October 2013

Sembelihan Korban di Madrasah

Pihak pentadbir Madrasah Addinniah langsung tidak merancang untuk membuat penyembelihan korban di premis ini. Ini disebabkan agar program seumpama ini sekiranya dilaksanakan akan berselisih pula dengan program yang sama yang berjalan secara besar-besaran di Masjid Bukit Antarabangsa dan Surau Bukit Mulia yang terletak tidak samapai 1 kilometer dari Madrasah ini. Itulah sebabnya pihak Madrasah membuat program korban ke luar negara, di Dacca Bangladesh pada tahun ini dan ke Kemboja pada tahun lepas.

Namum begitu pada saat-saat akhir, pihak kerajaan negeri menerusi jasa baik YB Sdr. Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa telah memperuntukkan seekor lembu untuk dikorbankan diMadrasah ini. Pihak Madrasah telah menerimanya dengan tanggan terbuka dan telah melaksanakan penyembelihan korban itu pada 10Zulhijjah. Penyembelihan seekor lembu itu dibuat diperkarangan premis Madrasah dengan bantuan ramai ahli kariah.

Pihak Madrasah mengucapkan ribuan kepada para petugas dan kepada YB Sdr. Azmin yang bersama turut hadir pada pagi tersebut.

Menurut Tuan Haji Saidin, Nazir Madrasah, menyarankan jumlah lembu ini boleh ditambah pada tahun hadapan berdasarkan kepada sambutan para petugas yang gigih melaksanakan kewajipan mereka.

Berikut ini ialah gambar-gambar sekitar upacara sembelihan seekor lembu tersebut:

                                               


                                              



                                               








Solat Sunat Eidul Adha 10Zulhijah 1434.

Pada tahun ini Solat Sunat Eidul Adha telah dimulakan pada jam 8:30pagi. Dari jam 7:50 pagi lagi Madrasah telah dibanjiri oleh ahli kariah untuk bersama-sama bertakbir untuk meningkatkan syiar 10Zulhijjah. Adalah dianggarkan hampir 300 jemaah muslimim dan muslimah yang hadir pada hari itu. Pihak Madrasah amat berterima kasih atas kehadiran ramai jemaah serta menghulurkan derma ke tabung fisabilillah Madrasah. Berikut ini dipaparkan gambar-gambar peristiwa solat sunat Eidul Adha 1434 tersebut:

                                             


                                            











Puasa Hari Wukuf

Madrasah Addinniah bersama menggalakkan berpuasa pada hari Wukuf yang jatuh pada pada hari Isnin 14hb. Oct.2013. Hampir 60% dari jamaah yang berpuasa pada hari tersebut. Majlis berbuka puasa telah dibuat secara besar-besaran seperti majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan. Pihak pentadbir memohon maaf kerana tidak sempat merakamkan majlis berbuka puasa tersebut. Adalah diharapkan tradisi ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Thursday 10 October 2013

Senarai Penuh Peserta Ibadah Korban di Dacca, Bangladesh

Senarai dibawah adalah nama-nama peserta Ibadah Korban di Dacca Bangladesh. Didoakan semuga amalan korban yang diniatkan akan diterima oleh Allah SWT. Pengurusi dan ahli jawatan kuasa Madrasah mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana amat prihatin dengan nasib umat Islam yang amat memerlukan daging korban ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada En. Matkhir bin Mohammad yang menguruskan penyembelihan dan pengagihan daging korban ini di Dacca.


Monday 7 October 2013

GEMPAR!!!!!!

[GEMPAR] Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin & Manusia di Bumi?

Siapakah Al-Hin?

Baru-baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di'scan' olehnya. Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia. Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua'lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya?


Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini.

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak aku.

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..
Mungkinkah "angel" yg diimaginasikan oleh orang-orang barat adalah Al-Hin?

Seorang novelis iaitu Ramlee Awang Mursyid pernah menulis dalam sebuah novelnya iaitu "Trilogi Cinta Sang Ratu" tentang golongan Poppy ini. Adakah beliau pernah bertemu atau berinteraksi dengan Al-Hin?

Sehingga sekarang saya masih memikirkan tentang Al-Hin ini? Adakah mereka ini benar-benar wujud?

Artikel Tambahan--->

Apakah Itu Bangsa Polip? Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jika ya, Bangsa Polip juga adalah sedemikian. Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah.

Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam.


Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.

Daripada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu daripadanya boleh datang terlebih dahulu atau kemudian. Maknanya tanda² kiamat ini tidaklah datang menuruti turutan.

Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.

Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"

Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."

Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."

1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
[Riwayat Muslim]

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:

KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." [Al Naml;82-]

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul."

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.

Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."

Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami." Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta. Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta."

Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.

Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?


Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.

Sunday 15 September 2013

Madrasah Addinniah MEMBAWA QURBAN DAN AQIQAH KE BANGLADESH

Pada tahun ini Madrasah Addinniah akan membawa program Qurban ke Bangladesh. Pertimbangan ini dibuat kerana penduduk Islam disana rata-rata dibawah paras kemiskinan yang tegar malah bencana banjir yang menimpa negara tersebut memberi tamparan hebat dari segi pendapatan mereka. Walaubagaimana pun dalam keadaan program ini mendapat sambutan menggalakkan dimana pesanan melebihi 15 ekor, maka selebihnya akan diagihkan ke Kemboja.

Pihak Madrasah telah pun menghubungi kontak kita disana, Tuan Haji Mat Khir, salah seorang ahli Khairiah Madrasah ini yang berniaga di Dacca, untuk mendapatkan maklumat lanjut. Berdasarkan kepad maklumat beliau kita telah menetapkan harga untuk mereka yang akan menyertai program ini:

                     1. Lembu - RM330.00 untuk sebahgian Qurban/Aqiqah;
                     2. Kambing - RM530.00 untuk seekor.

Tempahan dibuka sehingga 10hb. Oktober 2013. Setiap peserta atau wakil perlu mengisi borang khas untuk akad niat korban yang boleh diminta dari Imam Nordin Sarji 019-263 8434.




Thursday 12 September 2013

Beberapa Ceramah Berkaitan SYIAH


Ustaz Mohd Aizam bin Masod (Seksyen Akidah, JAKIM)


Ustaz Abdullah bin Din 


Ustaz Ahmad Nasim bin Abdul Rauf 


Ustaz Mohd Asri bin Yusoff 


Dr Sulaiman Nordin 


Ustaz Farid Okbah 


Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman 


Ustaz Firanda Andirja


1.            Bahaya Syiah (06.06.2013)(Bhg.1)
      2.      Sejarah Berdarah Syiah Rafidhah (14.08.2013)(Bhg.1)

Tuesday 10 September 2013

BBC Documentary on The prophet Muhammad SAW


Dokumentari ini mengenai Seerah Rasullullah SAW yang diterbitkan oleh BBC Knowledge. Persembahannya amat baik dan mudah difaham.




Monday 2 September 2013

Gambar-gambar Sekitar Majlis BBQ Eidul-Fitr 01hb September 2013

Majlis yang ringkas bermula dengan solat zuhur berjamaah dan terus menjamah kambing bakar yang tersedia. Majlis itu dihadiri kira-kira 160 hadirin para kariah dan orang ramai yang mengetahui jamuan tahunan ini. Secara mengejut, Y.B Puan Zuraidah, ahli parlimen Ampang, juga turut hadir pada lewat zohor dan sama-sama berjamaah asar.

Dalam majlis yang diadakan dengan penuh berkat serta cuaca baik, para hadirin telah dihidangkan dengan menu utama kambing bakar 4 ekor( yang ditaja oleh Craven & Co ), hidanagan lain termasuk sup cendawan(disediakan oleh Pn. Rohani), mehun goreng(disediakan oleh Restoran Craven), me gorang(disediakan oleh En. Yusri) serta Frech loaf, tembikai, serta minuman botol yang disediakan oleh pihak Madrasah.

Pihak Madrasah mengucapkan setinggi terima kasih kepada para petugas yang menjayakan majlis ini dan kepada pihak yang menaja kambing dari Group Craven, serta sumbangan tunai dari Datuk Abdul Hamid Shawal serta para penyumbang yang lain.

InsyAllah, sekiranya ditakdirkan Allah SWT, majlis ini akan diadakan pada tahun hadapan.

Berikut ini gambar-gambar sekitar Majlis tersebut:

Gambar-gambar YB Pn. Zuraidah dan rombongan:




Para Musliamah menikmati hidangan mereka di bawah "palm tree"












Para Muslimin asyik dengan Kambing bakar "Round 1"





Merarau "Round 2" hampir habis









Wednesday 28 August 2013

Jemputan Jamuan BBQ Eidul-Fitr - Ahad, 01 Sept, 2013, selepas Zuhur

InsyaAllah sekali lagi pada tahun ini, beberapa orang dermawan telah sanggup untuk membuat BBQ kambing di Madrasah ini pada ketentuan yang telah ditetapkan seperti iklan dibawah.

Setakat ini sejumlah 4 ekor kambing telah dijanjikan untuk dibakar. Pihak Madrasah akan menyediakan kemudahan minuman, makanan ringan. Semua ahli kariah dan orang ramai dijemput hadir untuk menyambung tradisi ini. Sumbangan wang raya dari pengunjung adalah amat dialu-alukan.

Pihak Madrasah mendoakan agar para penderma yang menjajikan kambing serta sumbangan kewangan kepada Madarsah ini mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.


Friday 9 August 2013

Sambutan Eid-al-Fitr 1434 di Madrasah Addinniah BA

Peristiwa bergambar: Upacara Sambutan Eid-al-Fitr:

Tarikh:                                     08hb. Ogos 2013(Rabu)
Waktu Mula Solat:                   08:45 pagi
Kehadiran:                               150 Jamaah
Aktiviti:                                    Solat Sunat Eid-al-Fitr dan Pot-luck Raya
Masa tamat                              10:30 pagi