Tuesday 30 October 2012

Program Qorban Madrasah Addiniah di Kemboja, hari Tasrik ke 3, 29hb. October 2012

Untuk hari ke tiga Tasrik ini, 29hb. Oct. 2012, ia-itu tarikh akhir yang dibenarkan melakukan korban, dua ekor lembu terakhir telah dilaksanakan di Kg. Servial, dibumi besar Kemboja di Seberang Kg. Cham. Kampong ini huni penduduk seramai 1,000 kel;uarga Islam. Kampong ini berjiran dengan satu Kampong yang dihuni oleh penduduk beragama Krestian.

Dibawah ini ialah gambar Kampong itu dari Kampong Cham:



Amal Korban di Laksankan pada 29hb.Oct. 2012.

nota:   Saya tidak dapat menyembelih hewan Qorban ini kerana sudah tidak tahan bau darah;

1. Hewan 13L10. Seekor Lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Ahmad Nizar bin Safran, 2. Ahmad Nizar bin Safran, 3. Mohd Nor bin Bon, 4. Ezah Yasmin bin Abdul Rahman, 5. Ahmad bin Saad, 6. Mohammad Shamier bin Yusri, 7. Mohammad Shafrie bin Yusri.








2. Hewan 15L11. Seekor lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Mohd.Kassim bin Tawil, 2. Roslin Ismail Daud, 3. Nasir bin A.Rahman, 4. Naemah binti Abdullah, 5. Radiah binti Jaafar, 6. Haji Saidin bin Ahmad, 7. Sabariah binti Ibrahim



Alhamdullih, niat QORBAN dan AQIQAH saudara-saudara dan saudari-saudari yang telah diamanahkan kepada saya untuk melaksanakan telah pun dilaksanakan. Semuga Allah memberkati niat ikhlas saudara-saudari bagi amal yang diniatkan itu.

Perjalanan balik ke Phnom Penh menaikini van penumpang yang tidak sesesak seperti perjalanan datang ke Daerah(Negeri Cham) ini. Saya duduk di seat berlakang dan sempat merakamkan keadaan jalan yang di tempoh serperti dua gambar berikut:



Hingga setakat ini laporan tentang Kerja-kerja amalan Qorban dan Aqiqah di Kemboja yang telah dianjurkan oleh Madrasah Addinniah Bukit Antarabangsa. InsyaAllah saya akan terbang balik ke Sepang International Airport pada 30hb. Oct. 2012.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta program ini dan penduduk kampong yang terlibat di Kampong Sre Ambel, Koh Kong, Kampong Prek Pra, Phnom Penh, Kampong Kum Trea dan Servial di Negeri Champ. Saya memohon maaf sekiranya ada perlaksanaan ini tidak sempurna dan memohon halal segala penggunaan perbelanjaan yang dibuat.



Monday 29 October 2012

Program Qorban Kemboja, Tazrik ke 2, 28hb. Oct.

Selepas tamat menyembelih hewan Qorban pada 27hb. Oct. 2012, di Kampong Prek Pra, Phnom Penh, saya dan Ustaz Nasiet telah bergerak ke Wilayah Cham atau terkenal sebagai kampong Cham kira-kira jam 1:30pm. Ianya merupakan satu wilayah yang besar. Perjalanan sejauh 150km dengan Van memakan masa hampir 4 jam, kami sampai ke Kampong Kum Trea di mana 1 ekor Qorban akan dilaksanakan pada hari esoknya. Seekor Qorban lembu ini telah diminta untuk dibawa kesana oleh Ustaz Qhazali, mudir Sekolah Tahfiz di Kampong Prek Pra, Phnom Penh. Kami bermalam di salah sebuah rumah kenalan Ustaz Nasiet, ia-itu Haji Ismail.

Sebenarnya Kampong Kum Trea ini merupakan sebuah Pulau yang dipisahkan oleh Sungai Mekong. Pulau ini terkenal sebagai Kampong Cham hanya boleh di ekses melalui feri. Keluasan atau jarah pulau ini mungkin dalam lingkungan 120km jalan yang boleh dihubungi. Jumlah penduduk tidak dapat dipastikan dengan tepat, mungkin dalam puluhan ribu keluarga. Bangsa Melayu Cham yang ada disini merupakan bangsa asal Negeri Cham yang berugama Islam dalam sejarah yang kita ketahui. Kemungkinan asal usul Melayu di Semenanjung dari sini. Walahualam.

Gambar-gambar berikut adalah gambaran di tempat saya tinggal:



Amal Qorban pada hari Tasrik ke 2 28hb October 2012, Di Kampong Kum Trea, Wilayah Cham

1. Hewan bernombor 12L9, Kembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Jamil bin Merican, 2. Emil Fayed bin Merican, 3. Mikhail Farhad bin Merican, 4. Sofea binti Merican, 5. Mohammad Ghazali bin Mohamad Husin, 6. Mohammad Hafeedh bin Mohammad Ghazali, 7. Roziah binti Abdullah.



Daging lembu 12L9 ini setelah diproses diagih-agih kepada penduduk sekitar.

Terdapat 2 ekor lembu lagi ia-itu bernombor 13L10, dan 15L11, akan dilaksanakan NIAT Qorban pada esok hari tasrik ke 3, 29hb. Oct. 2012. Bagi penama terlibat harap bersabar, laporan akan menyusul. InsyaAllah.

Sambongan Laporan Program Qorban 1433, Kemboja

Laporan awal saya tentang program Qorban 1433 di Kemboja malam semalam agak tergesa-gesa tanpa memberikan latarbelakang tentang Negara Kemboja serba sedikit. Sememangnya saya dalam tergesa-gesa untuk mengejar masa kerana program yang dibuat amat ketat sekali. Banyak masa yang digunakan dalam bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Sebenarnya Negara Kemboja dahulunya terkenal sebagai "mutiara Asia" mempunyai keluasa kira-kira 181,035km persegi. Ianya terletak bersempadan dengan Laos diUtara, Vietnam di Timur, Telok Siam di Sebelah barat. Keseluruhan penduduk berjumlah 14 juta berbangsa Khmer, kebanyakan berugama Buddha. Penduduk negara yang terkenal dengan Angkor Wat, Tasik Tongli Sap serta Sungai Mekong menganggapkan Raja mereka sebagai "tuhan". Malah semasa ketibaan saya hari pertama, kematian Raja Sihanuk sudah sampai 8 hari tetapi puluhan ribu meratap di kawasan istana di luar Kota Phnom Penh.

Phnom Penh ibu kota Kemboja Metropolitan yang sentiasa sibuk atau lebih tepat dikata kelam kabut dengan jutaan motosikal berligar tanpa memperdulikan pejalan kaki. Sesungguhnya pemandangan ini merupakan daya penarik bagi Ibu kota Kemboja yang berlumba-lumba untuk terus hidup.

Di Kota Phnom Penh ini merupakan tumpuan penduduk mencarai rezki. Disini penduduk Islam Cham, mungkin berjumlah ratusan ribu, tidak ketinggalan berlumba-lumba mencari rezki bersama-sama bangsa Khmer yang lain. Penduduk Islam tinggal di pinggir bandar terutamanya di tepi Sungai Mekong, kerana bangsa Champa ini terkenal dengan kemahiran sebagai nelayan. Antara Kampong Islam yang saya sempat sampai ialah di Kg. Km. 8, Kg.  km 9 dan Kg. Pret Pra, dimana Upacara Amal Qorban Madrasah Addinniah di hari Tasrik ke 2 di jalankan. Di ketiga-tiga Kampong ini mempunyai kemudahan Masjid, surau, sekolah agama, sekolah tahfiz. Keseluruhan penduduk adalah dibawah paras kemiskinan.

Masjid-masjid di Sekitar Phnom Penh:

Masjid Km. 7, Phnom Penh


Masjid Km. 9, Phnom Penh.



Catatan Amal Qorban 27hb. Oct. 2012 di Kg. Pret Pra, Phnom Penh.

Kampong ini mungkin ada 2,000 keluarga yang tinggal dirumah yang sempit dan rapat atau di perahu sahaja. Namun sebagai orang Islam mereka senentiasa taat menunaikan perintah Nya. Terdapat beberapa buah Masjid, surau dan Madrasah Tahfiz di Kg ini. Kemungkinan yang telah tamat hafalan Quran melibihi puluhan orang malah ratusan.Berikut di paparkan keadaan persekitaran kampong dimana sebahagian daripada penerima daging Qorban:


Hewan Qorban dan penama yang terlibat pada 27hb. Oct di Kampong ini:

1. Hewan 05L5 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh En. Kamaldeen bin NM Abd Kader


2. Hewan 06L6 - Lembu yang di NIAT QORBAN  oleh Puan Jamilah bin Wan Jaafar.



3. Hewan 07L7 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh Puan Jamilah bin Wan Jaafar



4. Hewan 11L8 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Fatheeni Anis binti Amran, 2. Kamarol Zaman bin Ujang, 3. Roini binti Said, 4. Siti Mehran binti Akup, 5. Abdul Razak bin Zawawi, serta NIAT AQIQAH oleh 6. Sherina binti Sheridan, dan 7. Shaslin binti Sheridan.


nota: Oleh kerana Lembu 11L8 ini bercampor niat, kita telah menyerah keseluruhan nya ke Madrasah Tahfiz berdekatan untuk dimasak dan dikendurikan.

Pelajar Tahfiz membawa hewan Qorban 11L8


Bagi 3 lagi hewan Qorban itu telah dibahagikan kepada orang kampong berkenaan.

Paparan selanjutnya untuk amal Qorban di Kampong Kum Trea, Wilayah Cham






Sunday 28 October 2012

Program Qorban DiKemboja Eid Adha 1433

Salam sejahtera sahabat-sahabat dan para jamaah Madrasah Addinniah Bukit Antarabangsa terutamanya sahabat-sahabat yang memesan Qorban 1433 di Kemboja. Program dan Itenary blogger di Kemboja adalah seperti berikut:

23hb. Oct. 2012 - Dari KL jam 3:20pm, sampai di Phnom Phen jam 4:20 waktu Phnom Phen.

24hb. Oct 2012 -  Pagi - Memilih Hewan Qorban di Kampong Prek Pra, Phnom Pehn.
                             1pm - Bertolak ke Kampong Sre Ambel, Koh Kong. sampai jam 5 petang.

25hb. Oct 2012 -  Memilih lembu dan kambing untuk Qorban dan Aqiqah.

26hb. Oct 2012 -  Pagi hingga jam 11:30pagi - Melaksanakan kerja Qorban di Kg. Sre Ambel Koh Kong.
                             4 ekor kambing 4 ekor lembu
                             2:30 pm - Bertolak balik ke Phnom Phen sampai jam 6pm.

27hb. Oct 2012 -  Pagi hingga jam 10:30 - Melaksanakan kerja 4 ekor Qorban di Kg. Prek Pra, Phnom Ph
                             1:30 petang - bertolak ke Kg Kum Trea, Daerah Cham, sampai jam 5:30 petang.

28hb. Oct 2012 - Melaksanakan 1 ekor Qorban di Kg. Kum Trea Daerah Cham:

29hb. Oct 2012 - Pagi Melaksanakan 2 ekor Qorban di Kg.Srevial, Daerah Cham.
                            1:30pm Bertolak balik ke Phnom Phen.

30hb. Oct 2012 - 11:20 pagi Balik ke KL

Nota Mengikut tarikh:

24hb. Oct. 2012 - Memilih Hewan Qorban di Kg. Prek Pra, Phnom Phen.


25hb. Oct 2012 - Memilih Hewan Qorban di Sre Ambil


25hb - Kenduri Aqiqah kambing di Sre Ambil




26hb Oct 2012 - Hari Eidul Adha

Pada hari ini kita telah melaksanakan Qorban 4 ekor Kambing dan 4 ekor Lembu, di Kampong Sre Ambel, Koh kong, kira-kira 150km dari Phnom Phen. Hewan Korban yang di sembelih disini kemudiannya diagihkan separuh dikampong itu dan selebihnya diagihkan di Pulau Koh Kong kira-kira 3 jam perjalanan kearah barat.

Hewan korban yang disembelih pada 26hb. October, 10hb Zulhijjah 1433 adalah seperti berikut:

1. Hewan bernombor 01L1 - Lembu yang DI NIAT QORBAN oleh Datuk Abdul Hamid bin Shawal




2. Hewan bernombor 02L2 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh sahabat-sahabat  berikut:        1. Md Zaki bin Abd Wahid, 2. Wan Noorulhana binti Wan Yahya, 3. Kamaruddin bain Salleh, 4. Siti Sara binti Zainie, 5. Najibah binti Ibrahim, 6. Daliah binti Dalil, 7. Nurhayaty binti Abbdullah.




3. Hewan bernombor 03L3 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh sahabat-sahabat berikut:                        
1. Haji Zulkifli bin Suleiman, 2. Mohd Jani bin Mohd, 3. Abdul Fatah bin Abdul Azizi, 4. Maheran binti Ajis, 5. Azamiruddin bin Mohd Zaman, 6. Norlaila binti Ismail, dan 7. Noridah Dalil.



4. Hewan bernombor 04L4 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh sahabat-sahabat berikut:
1. Md. Ramli bin Awang, 2. Siti Nor binti Mohamed, 3. Noor Ilyana binti Md. Ramli, 4. Nurin Amani binti Md. Ramli, 5. Noor Shafiney binti Md. Ramli, dan 7. Md Juzaily bin Md Ramli.



5. Hewan bernombor 08K1 - Kambing yang di NIAT AQIQAH  oleh En. Feizal Othman bin   Marecan:



6. Hewan bernombor 09K2 - Kambing yang di NIAT AQIQAH oleh Puan Sariah binti Jaafar:



7. Hewan bernombor 10K3 - Kambing yang di NIAT AQIQAH  oleh En. Feizal Othman Marecan: 
    Nota: Kambing ini telah disembelih sehari sebelum hari raya Qorban. Memandangkan niat nya  untuk Aqiqah maka ianya dibolehkan untuk dibuat kenduri raya.




8. Hewan bernombor 14K4 - Kambing yang di NIAT AQIQAH oleh Jannah binti Daniel Khan
















Monday 15 October 2012

One for the Road

Route 1: Merenung dan bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmatyang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga kebawah dua belah telapak kaki, kesihatan badan, kesejahteraan dan keamanan, hutan belantara, udara dan air, serta pelbagai nikmat lain tak mampu dihitung.
.....sekiranya kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya...(Ibrahim:34)

Apakah kamu mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu perkara yang biasa..? padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki.... Apakah kamu merasakan nikmatnya tidur dengan memejam kedua mata, sedangkan ramai manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya.. Bagaimana dengan makanan lazat yang dinikmati.. Adakah satu perkara biasa...?

Renungkanlah!  betapa besarnya fungsi pendengaran yang ada pada kamu... fungsi penghilatan yang kamu dapat... Adakah ini satu perkara biasa..?

Kamu akan berasa gundah gelana sekira sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan kamu. Kamu terasa sayu dan rendah diri kerana kekurangan material, padalah kamu masih memiliki kunci kebahgian....dan berbagai nikmat yang tidak terhitung...renung dan bersyukurlah..namun

.....Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah SWT, tetapi mereka mengingkarinya...(An-Nahl: 83)

Janganlah begitu....tingkatkan ketakwaan dan dekatilah kekasihmu...Allah SWT

Thursday 11 October 2012

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Tulisan oleh Saudara Abu Anas Madani tetang tajuk yang tersebut amat menarik dan perlu dibaca oleh mereka yang mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Monday 8 October 2012

Public Talks by Dr. Zakir Naik

Blogger dan Saudara Mohd Nor dari Madrasah Addinniah berpeluang mengikuti "Public Talks" yang disampaikan Dr.Zakir Naik, salah seorang dari 500 Muslim yang berpengaruh didunia, di Dewan Tun Abd Razak PWTC pada malam kelamarin 7hb. Oct.

Majlis tersebut telah dihadiri tidak kurang dari 20,000 orang muslim dan non-muslim. Kami rasa bertuah dapat bersama hadir pada ceramah itu dan mendengar ceramah yang disampaikan secara berterus terang oleh seorang tokoh perubatan yang menjadi pendakwah sepenuh masa.

  Ceramah yang disampaikan berkisar kepada pandangan negatif non-Muslim   terhadap orang Muslim, tentang Jihad, serta fisabillillah.

Satu mesej utama yang hendak disampaikan oleh beliau dan perlu kita amalkan bersama ialah JIHAD YANG TERAGUNG IALAH MENYAMPAIKAN DAHWAH ISLAMIAH KEPADA PENENTANG ISLAM DAN NON-MUSLIM.