Thursday 28 February 2013

Tazkirah a.m: Khamis 17Rabiu-akhir

Sabar dan Sakit:

Dirawikan daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda berkata, "Allah telah berkata:
"Barangsaipa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripada Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit"

Maka bagi orang yang berakal, wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu dan mengadu kepada makhluk. Maka dia akan selamat seksa dunia dan akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.

Junaid al-Baghdadi ra telah berkata, "Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar."

Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Telah berkata Adl Dlahak ra, "Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedudukan atau misubah, maka tiada kebaikan baginya disisi Allah SWT."

Walallah u alam

Tuesday 26 February 2013

Tazkirah a.m: Rabu, 16 Rabiu-akhir 1434

Keutamaan Kasih Sayang:

Sahabat saya dari Kuching menukilkan dalam bliografinya bahawa Islam itu indah. Sesungguhnya ianya indah, shumul, dan agong. Namun ianya jarang dilihat sebagai agama yang memberatkan kasih sayang. Malah nilai ini dilihat kepunyaan Agama Krestian. Nilai murni kasih sayang ini telah dipupuk oleh junjungan besar Rasulullah SAW semenjak Baginda mengembangkan agama langit ini dari awalnya di Makah. Ini jelas dari hubungan beliau dengan para sahabat, isteri-isterinya, jiran tetangga Islam dan bukan Islam yang mengambarkan kasih sayang belia, malah kepada binatang dan tumbuhan.

Miqdam bin Suraih merawikan dari bapanya dari abangnya, di berkata, "Ku tanyakan kepda Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkan  ku ke Syurga?" Rasulallah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberikan makan, memberi salam, dan berkata dengan baik"

Dalam kitab "Raudah Ulama" diceritakan: Nabi Ibrahim as jika hendak makan dia akan berjalan satu atau dua batu mencari orang supaya diajak makan bersama.

Pernah satu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kamu menangis?" Ali menjawab, "Tidak ada tamu yang datang dalam tujuh(7) hari ini. Aku merasa cemas kalau Allah telah menghina ku". Adakah kita merasa cemas sekiranya perkara ini berlaku kepada kita..Sesungguhny tetamu yang datang akan membawa rezeki sekali bersama mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih, Kasihanilah yang di bumi maka yang dilangit akan mengasihimu". Ada yang meriwayatkan: " Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafkan"

Sesungguhnya sikap berkasih sayang ini harus ditunjukkan terutamanya kepada kepada saudara terdekat, kemudian jiran tetangga dan selanjutnya kepada para sahabat dan sesama Islam dan bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Disamping itu menyayangi binatang dan tidak menyeksakannya",

Wallahualam


Tazkirah a.m

Tujuh ratus ulama telah menjawab perkara sama dalam permasalahan yang dikemukakan:

1. Siapakah yang sempurna akal?    Orang yang tidak cintakan dunia.

2. Siapakah orang yang cerdik?      Orang yang tidak tertipu oleh dunia.

3. Siapakah orang yang kaya?        Orang yang reda menerima bahagiannya dari Allah

4. Siapakah orang yang mengerti agama?    Orang yang tidak minta berlebih-lebihan

5. Siapakah orang yang bakhl?        Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah daripada   
                                                               hartanya.

Monday 25 February 2013

NOTIS MESYUARAT AGONG MADRASAH ADDINNIAH

Sila ambil maklum tentang notis yang dipaparkan dibawah ini:



Tazkirah am

Isnin 14 Rabiu-akhir 1434: "Kebaikan yang paling utama ialah menjaga hubungan baik dengan ibu-bapa. Manakala menjaga salaturahim antara keluarga terdekat dapat meluaskan rezeki"