Wednesday 28 August 2013

Jemputan Jamuan BBQ Eidul-Fitr - Ahad, 01 Sept, 2013, selepas Zuhur

InsyaAllah sekali lagi pada tahun ini, beberapa orang dermawan telah sanggup untuk membuat BBQ kambing di Madrasah ini pada ketentuan yang telah ditetapkan seperti iklan dibawah.

Setakat ini sejumlah 4 ekor kambing telah dijanjikan untuk dibakar. Pihak Madrasah akan menyediakan kemudahan minuman, makanan ringan. Semua ahli kariah dan orang ramai dijemput hadir untuk menyambung tradisi ini. Sumbangan wang raya dari pengunjung adalah amat dialu-alukan.

Pihak Madrasah mendoakan agar para penderma yang menjajikan kambing serta sumbangan kewangan kepada Madarsah ini mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.


Friday 9 August 2013

Sambutan Eid-al-Fitr 1434 di Madrasah Addinniah BA

Peristiwa bergambar: Upacara Sambutan Eid-al-Fitr:

Tarikh:                                     08hb. Ogos 2013(Rabu)
Waktu Mula Solat:                   08:45 pagi
Kehadiran:                               150 Jamaah
Aktiviti:                                    Solat Sunat Eid-al-Fitr dan Pot-luck Raya
Masa tamat                              10:30 pagi

           
 
















Wednesday 7 August 2013

Kebakaran Kecil DiBelakang Madrasah.

Madrasah Addinniah, 6hb. Ogos 2013. Satu kejadian kebaran telah berlaku dibelakang banguna  Madrash Addinniah Bkt. Antarabangsa. Ianya melibatkan kebakaran sampah daun buluh sehingga ke perdu buluh yang agak besar. Api yang agak marak membakar daun buluh kering hampir sahaja menjilat rumah setor Madrasah yang berhampiran.

Kejadian itu dianggarkan berlaku pada waktu para jamaah sedang khusuk menunaikan solat dzuhur. Ianya lebih ketara ketika Imam sedang membaca doa mengakhiri solat. Imam yang bertugas serta para jamaah yang lain bergegas kebelakang surau untuk meninjau status kebakaran.

Dengan bertindak pantas mengeluarkan gelung air biasa untuk membantu mengawal keadaan, Saudara Azham, salah seorang jamaah regular, terus dengan beraninya mengawal api agar tidak merebak. Kemudian, ianya dituruti oleh para jamaah lain yang diketui oleh Bilal Yusri membantu mengawal keadaan.

Akhirnya api yang telah marak ke perdu buluh dapat dipadamkan sebelum pasukan bomba sampai. Pasukan bomba kemudiannya telah memastikan semua api serta asap benar-benar terpadam dan terkawal.

Punca kebakaran tidak diketahui setakat ini. Pihak Madrasah Addinniah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang gagah berani mengawal keadaan termasuk pasukan Bomba.




Majlis Khatam Tadarus Quran, Ramadan 1434

Sebagaimana tradisi sebelum ini, Majlis Khatam pada bulan Ramadan diMadrasah ini diadakan pada malam 27hb. Ramadan. Majlis ini melibatkan 35 dua peserta lelaki dan wanita dewasa yang turut serta dalam tadarus Quran dari awal Ramadan. Peserta wanita berjumlah 23 orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan.Mereka melaksanakan tadarus mereka pada waktu pagi 9 - 12 tengahhari. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang Ustaz. Kumpulan ini amat konsisten dan telah tamat mengaji 10 hari awal dari peserta lelaki.

Peserta lelaki yang terdiri dari 12 peserta melaksanakan pembacaan atau tadarus mereka selepas solat tarawih dari jam 10:15 malam hingga 11:15 malam. Kumpulan ini tidak sekonsinten berbanding dengan kumpulan wanita, namum harus dipuji dapat menamatkan misi mereka 2 hari sebelum majlis khatam ini diadakan.

Dalam majlis khatam ini para peserta yang hadir telah memperdengarkan bacaan mereka dari surah Ad-Dhuha hingga tamat surah Al-Ikhlas bersama Imam Firdaus dan Ustaz Mansor.

Diakhir majlis, para perserta telah telah dihadiahkan sebuah buku yang berlainan tajuknya untuk kedua peserta-peserta lelaki dan wanita. Dimajlis itu beberapa serahan sagu-hati telah dibuat untuk para pelajar tahfiz sebagai bantuan tidak berkala dari Madrasah Addinniah. Selain dari pelajar tahfiz Bestari(Madrasah Addinniah) yang menerima sagu hati RM300.00 seorang, imam solat tarawih juga menerima RM1,000.00 setiap seorang,. Manakala bantuan untuk pelajaran para penuntut juga telah dibuat termasuk 2 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum, South Africa, 1 orang ke Sekolah Tahfiz Kubang Bujuk, Trengganu serta pelajar yang sedia ada yang menuntut diSudah dan Acheh.

Majlis khatam beramai-ramai ini diakhiri dengan jamuan ringan. Ianya di sponsor oleh kumpulan wanita yang menghidangkan juadah Pizza dan Larzania...woooo