Tuesday 29 January 2013

Sekitar Sambutan Maulidurasul 1434

Sambutan Menyambut Ulang tahun Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W pada hijriah 12Rabiuawal 1434 telah disambut secara sederhana diMadrasah ini pada hari Khamis 24hb. Januari 2013. Ianya merupakan  sebagai tanda kasih serta untuk memberi kesedaran kepada umah terutamanya dikhairiah ini tentang Rahmat yang telah diberikan oleh Baginda keseluruh Alam, ia-itu Islam sebagai Addin.


Program malam itu dimulakan dengan Solat Magrib berjamaah. Diikuti dengan Selawat keatas Rasulullah yang diketui oleh En. Meor Razak bersama anak-anak Hufaz dari Sekolah Tahfiz Bestari(Madrasah Addinniah). Kemudiannya satu tazkirah mengenai signifikan sambutan Mauilid oleh Ustaz Ahmad Hadrami yang berlarutan sehingga jam 9:20malam. Selepas solat Isyak jamuan BBQ kambing telah dihidangkan. Sebanyak 4 ekor kambing jadi korban malam itu, 3ekor disumbang oleh RESTORAN CRAVEN CAFE dan 1 ekor lagi disumbangkan oleh pihak Ladang Kambing dari Rawang yang mengendalikan BBQ itu.

Kehadiran para jamaah hampir 200 orang, semeriah kehadiran malam bulan Ramadan. Semua juadah tiada yang berlebihan, semuanya Rahmat dari Allah S.W.T.

Pengurusan Madrasah mengucapkan terima kasih bagi mereka yang hadir, para penyumbang dan para dermawan.

 









Monday 21 January 2013

Pengumuman Sambutan Maulidulrasul 1434



Sila ambil catatan sambutan ini seperti yang dinyatakan didalam poster diatas:

KutubKhanah Fisabilillah Siap Untuk Digunakan.

Madrasah ini dengan sumbangan Fisabilillah dari para jamaah dan mereka-mereka yang prihatin telah menyiapkan satu kutubkhanah disatu ruang yang agak selesa disebelah hadapan ruang solat musafir lelaki. Kutubkhanah ini dilabelkan sebagai KUTUBKHANAH WAKAF(Alkutubulkhanah fi-sabilillah) bagi mengingati sumbangan wakaf fisabililah dari para jamaah.












Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa kemudahan kutubkhanah ini disediakan bertujuan untuk melengkapkan Madrasah ini sebagai institusi Ilmu. Kutubkhanah ini akan cuba mengumpulkan kitab-kitab ilmu Islamiah dari para pengarang dan penyusun yang muktabar.

Buat masa ini software nya yakni kitab-kitabnya masih belum banyak. Kalau kita perhatikan rak-rak masih kosong. Oleh itu sumbangan kitab-kitab dari mereka yang sayangkan ilmu amat dialu-alukan.

Saturday 19 January 2013

Sambutan Maulidulrasul 12Rabiuawal

SAMBUTAN MAULIDULRASUL:

Madrasah Addinniah akan mengadakan sambutan ulangtahun mengingati kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W 12hb. Rabiulawal setiap tahun pada ketentuan beriukut:

                  Tarikh:           Hari Kamis12hb. Rabiuawal 1434 bersamaan 24hb. Januari 2013,
                  Masa:            Lepas solat Maghrib.
                  Pengisian:       Bacaan Surah Yasin, Khasidah, Selawat, dan Ceramah Khas.

Alhamdullilah, selepas solat Isyak, jamuan ringan akan disediakan. Sahabat yang bermurah hati akan menyediakan 2 ekor KAMBING BAKAR sebagai pemanas badan.

Semua jamaah dan mereka yang mengikuti blog ini dijemput hadir.

Mari lah kita banyak berselawat kepada Rasulullah S.A.W tidak kira masa dan tempat kecuali ditempat yang tidak suci.