Thursday 25 July 2013

Contohi Diet Rasulullah SAW

Kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan para muslim seluruh  dunia.  Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah cara  beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet makanan cara baginda.  Jika kita menitik beratkan  diet yang  seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara  daripada serangan penyakit. Hal ini penting kerana sebagai seorang muslim, badan yang sihat akan memudahkan kita beribadat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya.  Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”  Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalan gaya hidup mewah manusia masa kini yang melebihkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam.  Situasi ini menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes serta kanser.

Cara Diet Rasulullah

Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.

Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum


Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.

Tuesday 23 July 2013

Sistem Monitor Ibadah di bulan Ramadan

Salam sejahtera saudara/saudari.

Dalam bulan Ramadan, ramai Muslimin/muslimah rajin beribadah. Hidup solatnya, bangkit tarawihnya, bertambah solat sunatnya, nyaring lagu Qurannya.

Kadang-kadang kita fikir sudah buat banyak, komplen penat, buat pukul rata dah buat semua. Berapa banyak yang kita dan buat? berapa banyak yang tertinggal, terlewat, terkurang....dan sebagainya.

Saya cuba memonitor ibadah yang saya lakukan sepanjang bulan Ramadan, sebab bonusnya tinggi. Saya takut tertinggal, saya ingat-ingat macam dah buat. Berikut ini borang yang saya lakarkan untuk memonitor ibadah tersebut untuk dikongsi bersama.


Sekiranya senarai ibadah tu ada yang kurang, tambahlah sendiri, Melalui borang memonitor ibadah, sekiranya dipatuhi disiplin mengemaskini setiap hari, maka pada akhir bulan Ramadan InsyaAllah kita akan melihat hasil yang telah kita lakukan.

Kalau rasa-rasa cukup, mungkin tak perlu berdoa untuk sampai semula kesatu lagi Ramadan....

Monday 22 July 2013

Antara Aktiviti Bulan Ramadan 1434

Sahur:


Aktiviti penyedian sahur kepada jamaah telah dibuat sejak 3 tahun yang lepas. Ianya dibuat pada mulanya untuk memudahkan pelajar sekolah Tahfiz bersahur, walaubagaimana pun ianya juga terbuka kepada para Jamaah am, yang membuat ikhtikaf, serta jamaah musafir untuk manfaatkan rezeki yang disediakan. 

Semua aktiviti sahur mendapat sponsor penuh dari orang perseorangan dan jamaah Madrasah Addinniah. Makanan disediakan oleh para jamaah yang tinggal dipangsapuri berdekatan:


________________________________________________________________________________

Iftar


Aktiviti wajib dibulan Ramadan. Ianya untuk memudahkan para jamaah, para muzafir, untuk berbuka puasa. Aktiiviti ini di sponsor setiap hari oleh para Jemaah, peduduuk disekitar Bukit Antarabangsa, serta dari individu-individu dari kawasan luar. Kira-kira 40-65 jemaah lelaki dan wanita menafaatkan rezeki yang disediakan.













_________________________________________________________________________________

Solat Sunat Tarawih


Juga telah dijadikan aktiviti wajib yang telah menjadi tradisi di Madrasah ini. Sejak beberapa tahun lepas, madrasah ini melakukan ritual tarawih dengan 8 rakaat serta witir 3 rakaat. Kehadiran Jemaah pada puratanya mencecah 250 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.











_________________________________________________________________________________

Tazkirah Ramadan

 Sebagai merehatkan ritual sunat tarawih, pengurusan Madrasah ada menjemput beberapa motivator menyampaikan tazkirah rengkas sepanjang 20minit selepas empat rakaat pertama Tarawih. Hingga ke hari ini dua sessi seumpama itu telah dibuat. Sambutan para jamaah amat menggalakkan.



_________________________________________________________________________________

Pengisian Selepas Subuh diHujung Minggu


Pihak Madrasah juga telah memanjangkan aktivitinya bagi memenuhkan waktu para jamaah selepas subuh dengan mengadakan Pengisian ilmu selepas Subuh. Beberapa orang para panel Ustaz di Madrasah ini telah bersetuju memberi khidmat mereka pada pagi Sabtu dan Ahad. Semuga Allah SWT melimpahkan kurnia kepada mereka.