Thursday 20 September 2012

Amal Korban di"off-shoring" ke Kemboja

IsyaALLAH, pihak pengurusan madrasah bercadang untuk menguruskan amal korban pada tahun ini ke Masjid Jakho Sriembil, Kohkong, KEMBOJA. Program ini dipertimbangkan untuk perlaksanaan atas sebab-sebab berikut:

1.  Jumlah sembelihan korban dikawasan visiniti Bukit Antarabangsa, berdasarkan pengalaman tahun lepas, mencecah lebih 30 ekor lembu; ini bermaana pengagihan daging korban melebihi dari cukup;

2.  Untuk melaksanakan amal korban memerlukan ramai sukarelawan. Sukarelawan yang sedia ada mungkin bertumpu ke kedua tempat Masjid Bkt. Antarabangsa dan Surau Bkt. Mulia;

3.  Adalah dijangkakan, dengan melaksanakan program ini ke Kemboja, harga untuk sebahagian penyertaan akan dapat dikurangkan;

4.  Kita juga menjangkakan bahawa pengagihan untuk daging korban tersebut akan lebih tepat, manakala sukarelawan untuk melaksanakan kerja korban tersebut mungkin mudah didapati.

Oleh itu, mereka-mereka yang bercadang untuk menlaksanakan korban pada tahun ini dan bercadang untuk mengikuti program yang akan kami laksanakan ini, sila dapatkan dapatkan maklumat dan borang khas dimadrasah. Atau hubungi 019-263 8434, En. Nordin Sarji



No comments:

Post a Comment