Tuesday 13 November 2012

Marhaban Ya-Muharram 1434

InsyaALLAH menjelang waktu maghrib pada hari Rabu ini, 29hb. Dzulhijjah,  kita akan meninggalkan tahun 1433 Hijrah, maka bermulalah tahun baru Hijrah 1434. Semuga tahun 1433Hijrah ini telah kita penuhi dengan amalan, kebajikan, peningkatan ilmu serta lebih baik dari tahun 1432 Hijrah.

Menjelang 1hb. Muharram 1434, umat Islam digalakkan:
1. Membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu Maghrib, sila rujuk pada buku/surah Yasin;
2. Membaca doa awal tahun selepas bergema azan Maghrib, sila rujuk pad buku/surah Yasin;
3. Selepas solat dan wirid maghrib adalah digalakkan kita membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat serta harapan kita untuk tahun baru 1434.

Dalam bulan Muharram umat Islam juga digalakkan beramal ibadah puasa Tasu'a'(9hb.Muharram) dan hari 'Asyura(10hb.Muharram) serta solat sunat. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW mengenai perkara ini, diantaranya:
"Jika aku masih hidup sehingga tahun depan, aku akan berpuasa pada hari kesembila(Muharram)" riwayat Muslim dari Ibnu Abbas.

Ketika ditanya oleh oleh Abu Qatadah mengenai puasa hari 'Asyura, Rasulullah SAW menjawab:
"Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan(kerana amalan puasa itu)

Pada hari Asyura itu umat Islam juga digalakkan mengadakan solat sunat 4 rakaat(dua salam).

Seperti tahun-tahun lepas, Madrasah Addinniah akan menyambut tahun baru 1hb. Muharram 1434 ini dengan amalan sunat seperti yang dinyatakan diatas: doa akhir tahun, doa awal tahun serta membuat bacaan Yasin selepas solat dan wirid Maghrib. Para Jamaah digalakkan hadir bersama menyambut tahun baru Hijrah 1434 diMadrasah ini. InsyaALLAH ada hamba Allah akan menyediakan makan malam.

No comments:

Post a Comment