Friday 18 October 2013

Sembelihan Korban di Madrasah

Pihak pentadbir Madrasah Addinniah langsung tidak merancang untuk membuat penyembelihan korban di premis ini. Ini disebabkan agar program seumpama ini sekiranya dilaksanakan akan berselisih pula dengan program yang sama yang berjalan secara besar-besaran di Masjid Bukit Antarabangsa dan Surau Bukit Mulia yang terletak tidak samapai 1 kilometer dari Madrasah ini. Itulah sebabnya pihak Madrasah membuat program korban ke luar negara, di Dacca Bangladesh pada tahun ini dan ke Kemboja pada tahun lepas.

Namum begitu pada saat-saat akhir, pihak kerajaan negeri menerusi jasa baik YB Sdr. Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa telah memperuntukkan seekor lembu untuk dikorbankan diMadrasah ini. Pihak Madrasah telah menerimanya dengan tanggan terbuka dan telah melaksanakan penyembelihan korban itu pada 10Zulhijjah. Penyembelihan seekor lembu itu dibuat diperkarangan premis Madrasah dengan bantuan ramai ahli kariah.

Pihak Madrasah mengucapkan ribuan kepada para petugas dan kepada YB Sdr. Azmin yang bersama turut hadir pada pagi tersebut.

Menurut Tuan Haji Saidin, Nazir Madrasah, menyarankan jumlah lembu ini boleh ditambah pada tahun hadapan berdasarkan kepada sambutan para petugas yang gigih melaksanakan kewajipan mereka.

Berikut ini ialah gambar-gambar sekitar upacara sembelihan seekor lembu tersebut:

                                               


                                              



                                               








No comments:

Post a Comment