Monday 29 October 2012

Program Qorban Kemboja, Tazrik ke 2, 28hb. Oct.

Selepas tamat menyembelih hewan Qorban pada 27hb. Oct. 2012, di Kampong Prek Pra, Phnom Penh, saya dan Ustaz Nasiet telah bergerak ke Wilayah Cham atau terkenal sebagai kampong Cham kira-kira jam 1:30pm. Ianya merupakan satu wilayah yang besar. Perjalanan sejauh 150km dengan Van memakan masa hampir 4 jam, kami sampai ke Kampong Kum Trea di mana 1 ekor Qorban akan dilaksanakan pada hari esoknya. Seekor Qorban lembu ini telah diminta untuk dibawa kesana oleh Ustaz Qhazali, mudir Sekolah Tahfiz di Kampong Prek Pra, Phnom Penh. Kami bermalam di salah sebuah rumah kenalan Ustaz Nasiet, ia-itu Haji Ismail.

Sebenarnya Kampong Kum Trea ini merupakan sebuah Pulau yang dipisahkan oleh Sungai Mekong. Pulau ini terkenal sebagai Kampong Cham hanya boleh di ekses melalui feri. Keluasan atau jarah pulau ini mungkin dalam lingkungan 120km jalan yang boleh dihubungi. Jumlah penduduk tidak dapat dipastikan dengan tepat, mungkin dalam puluhan ribu keluarga. Bangsa Melayu Cham yang ada disini merupakan bangsa asal Negeri Cham yang berugama Islam dalam sejarah yang kita ketahui. Kemungkinan asal usul Melayu di Semenanjung dari sini. Walahualam.

Gambar-gambar berikut adalah gambaran di tempat saya tinggal:



Amal Qorban pada hari Tasrik ke 2 28hb October 2012, Di Kampong Kum Trea, Wilayah Cham

1. Hewan bernombor 12L9, Kembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Jamil bin Merican, 2. Emil Fayed bin Merican, 3. Mikhail Farhad bin Merican, 4. Sofea binti Merican, 5. Mohammad Ghazali bin Mohamad Husin, 6. Mohammad Hafeedh bin Mohammad Ghazali, 7. Roziah binti Abdullah.



Daging lembu 12L9 ini setelah diproses diagih-agih kepada penduduk sekitar.

Terdapat 2 ekor lembu lagi ia-itu bernombor 13L10, dan 15L11, akan dilaksanakan NIAT Qorban pada esok hari tasrik ke 3, 29hb. Oct. 2012. Bagi penama terlibat harap bersabar, laporan akan menyusul. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment