Friday 5 October 2012

Hikmah 3

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, jadikanlah takwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." (Riwayat daripada Mu'az bin Jabal: Majma' al-Zawaid, Kanz al-Umal.

Adakah usaha yang kuat termasuk kekuatan azam hati boleh merubah sesuatu yang ditentukan Allah SWT sejak azali?

Adalah wajib kita beriktikad bahawa segala cita-cita merupakan sebab pada adat sahaja yang tidak memberi kesan. Bahkan segala yang berlaku walaupun termasuk dengan kekuatan azam hati dan usaha berterusan, pendeknya dikatakan sebagai "oleh kehendak sendiri", datangnya daripada qadak Allah SWT dan qadarnya. Oleh itu, kehendak mahkhluk yang berlainan dari kehendak tuhan tidak memberi sebarang manfaat dan kesan pada hakikat.

Firman Allah SWT: maksudnya;

"Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Fath:21)

Daripada Ibn Umar, sabda Rasullalah SAW:

"Setiap sesuatu dengan qadar Allah SWT hingga lemah dan cerdik sekali pun." (Riwayat Muslim & Ahmad)

Namun demikian kita sebagai makhluk yang lemah harus dan tetap yakin bahawa semua yang berlaku yang dicita-cita dan yang membawa musibah adalah dengan qadak Allah SWT. Ada ahli sufi menyembut: " Apabila kami menyebut sesuatu dan ia benar-benar terjadi kami gembira sekali. Sebaliknya, jika tidak berlaku kami gembira sepuluh kali."

Maka marilah kita meningkatkan ketakwaaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya ketakwaan itu membawa kepada ketenangan jiwa serta berpeluang dikasihi Allah SWT.

Sabda Rasulluhah SAW, Allah SWT berfirman:

"Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penghilatan dan tangan yang menguatkan baginya. Jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikan." Hadis Kudsi Riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment