Monday 29 October 2012

Sambongan Laporan Program Qorban 1433, Kemboja

Laporan awal saya tentang program Qorban 1433 di Kemboja malam semalam agak tergesa-gesa tanpa memberikan latarbelakang tentang Negara Kemboja serba sedikit. Sememangnya saya dalam tergesa-gesa untuk mengejar masa kerana program yang dibuat amat ketat sekali. Banyak masa yang digunakan dalam bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Sebenarnya Negara Kemboja dahulunya terkenal sebagai "mutiara Asia" mempunyai keluasa kira-kira 181,035km persegi. Ianya terletak bersempadan dengan Laos diUtara, Vietnam di Timur, Telok Siam di Sebelah barat. Keseluruhan penduduk berjumlah 14 juta berbangsa Khmer, kebanyakan berugama Buddha. Penduduk negara yang terkenal dengan Angkor Wat, Tasik Tongli Sap serta Sungai Mekong menganggapkan Raja mereka sebagai "tuhan". Malah semasa ketibaan saya hari pertama, kematian Raja Sihanuk sudah sampai 8 hari tetapi puluhan ribu meratap di kawasan istana di luar Kota Phnom Penh.

Phnom Penh ibu kota Kemboja Metropolitan yang sentiasa sibuk atau lebih tepat dikata kelam kabut dengan jutaan motosikal berligar tanpa memperdulikan pejalan kaki. Sesungguhnya pemandangan ini merupakan daya penarik bagi Ibu kota Kemboja yang berlumba-lumba untuk terus hidup.

Di Kota Phnom Penh ini merupakan tumpuan penduduk mencarai rezki. Disini penduduk Islam Cham, mungkin berjumlah ratusan ribu, tidak ketinggalan berlumba-lumba mencari rezki bersama-sama bangsa Khmer yang lain. Penduduk Islam tinggal di pinggir bandar terutamanya di tepi Sungai Mekong, kerana bangsa Champa ini terkenal dengan kemahiran sebagai nelayan. Antara Kampong Islam yang saya sempat sampai ialah di Kg. Km. 8, Kg.  km 9 dan Kg. Pret Pra, dimana Upacara Amal Qorban Madrasah Addinniah di hari Tasrik ke 2 di jalankan. Di ketiga-tiga Kampong ini mempunyai kemudahan Masjid, surau, sekolah agama, sekolah tahfiz. Keseluruhan penduduk adalah dibawah paras kemiskinan.

Masjid-masjid di Sekitar Phnom Penh:

Masjid Km. 7, Phnom Penh


Masjid Km. 9, Phnom Penh.



Catatan Amal Qorban 27hb. Oct. 2012 di Kg. Pret Pra, Phnom Penh.

Kampong ini mungkin ada 2,000 keluarga yang tinggal dirumah yang sempit dan rapat atau di perahu sahaja. Namun sebagai orang Islam mereka senentiasa taat menunaikan perintah Nya. Terdapat beberapa buah Masjid, surau dan Madrasah Tahfiz di Kg ini. Kemungkinan yang telah tamat hafalan Quran melibihi puluhan orang malah ratusan.Berikut di paparkan keadaan persekitaran kampong dimana sebahagian daripada penerima daging Qorban:


Hewan Qorban dan penama yang terlibat pada 27hb. Oct di Kampong ini:

1. Hewan 05L5 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh En. Kamaldeen bin NM Abd Kader


2. Hewan 06L6 - Lembu yang di NIAT QORBAN  oleh Puan Jamilah bin Wan Jaafar.



3. Hewan 07L7 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh Puan Jamilah bin Wan Jaafar



4. Hewan 11L8 - Lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Fatheeni Anis binti Amran, 2. Kamarol Zaman bin Ujang, 3. Roini binti Said, 4. Siti Mehran binti Akup, 5. Abdul Razak bin Zawawi, serta NIAT AQIQAH oleh 6. Sherina binti Sheridan, dan 7. Shaslin binti Sheridan.


nota: Oleh kerana Lembu 11L8 ini bercampor niat, kita telah menyerah keseluruhan nya ke Madrasah Tahfiz berdekatan untuk dimasak dan dikendurikan.

Pelajar Tahfiz membawa hewan Qorban 11L8


Bagi 3 lagi hewan Qorban itu telah dibahagikan kepada orang kampong berkenaan.

Paparan selanjutnya untuk amal Qorban di Kampong Kum Trea, Wilayah Cham






No comments:

Post a Comment