Tuesday 30 October 2012

Program Qorban Madrasah Addiniah di Kemboja, hari Tasrik ke 3, 29hb. October 2012

Untuk hari ke tiga Tasrik ini, 29hb. Oct. 2012, ia-itu tarikh akhir yang dibenarkan melakukan korban, dua ekor lembu terakhir telah dilaksanakan di Kg. Servial, dibumi besar Kemboja di Seberang Kg. Cham. Kampong ini huni penduduk seramai 1,000 kel;uarga Islam. Kampong ini berjiran dengan satu Kampong yang dihuni oleh penduduk beragama Krestian.

Dibawah ini ialah gambar Kampong itu dari Kampong Cham:



Amal Korban di Laksankan pada 29hb.Oct. 2012.

nota:   Saya tidak dapat menyembelih hewan Qorban ini kerana sudah tidak tahan bau darah;

1. Hewan 13L10. Seekor Lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Ahmad Nizar bin Safran, 2. Ahmad Nizar bin Safran, 3. Mohd Nor bin Bon, 4. Ezah Yasmin bin Abdul Rahman, 5. Ahmad bin Saad, 6. Mohammad Shamier bin Yusri, 7. Mohammad Shafrie bin Yusri.








2. Hewan 15L11. Seekor lembu yang di NIAT QORBAN oleh penama-penama berikut:
1. Mohd.Kassim bin Tawil, 2. Roslin Ismail Daud, 3. Nasir bin A.Rahman, 4. Naemah binti Abdullah, 5. Radiah binti Jaafar, 6. Haji Saidin bin Ahmad, 7. Sabariah binti Ibrahim



Alhamdullih, niat QORBAN dan AQIQAH saudara-saudara dan saudari-saudari yang telah diamanahkan kepada saya untuk melaksanakan telah pun dilaksanakan. Semuga Allah memberkati niat ikhlas saudara-saudari bagi amal yang diniatkan itu.

Perjalanan balik ke Phnom Penh menaikini van penumpang yang tidak sesesak seperti perjalanan datang ke Daerah(Negeri Cham) ini. Saya duduk di seat berlakang dan sempat merakamkan keadaan jalan yang di tempoh serperti dua gambar berikut:



Hingga setakat ini laporan tentang Kerja-kerja amalan Qorban dan Aqiqah di Kemboja yang telah dianjurkan oleh Madrasah Addinniah Bukit Antarabangsa. InsyaAllah saya akan terbang balik ke Sepang International Airport pada 30hb. Oct. 2012.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta program ini dan penduduk kampong yang terlibat di Kampong Sre Ambel, Koh Kong, Kampong Prek Pra, Phnom Penh, Kampong Kum Trea dan Servial di Negeri Champ. Saya memohon maaf sekiranya ada perlaksanaan ini tidak sempurna dan memohon halal segala penggunaan perbelanjaan yang dibuat.



No comments:

Post a Comment