Monday 15 October 2012

One for the Road

Route 1: Merenung dan bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmatyang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga kebawah dua belah telapak kaki, kesihatan badan, kesejahteraan dan keamanan, hutan belantara, udara dan air, serta pelbagai nikmat lain tak mampu dihitung.
.....sekiranya kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya...(Ibrahim:34)

Apakah kamu mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu perkara yang biasa..? padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki.... Apakah kamu merasakan nikmatnya tidur dengan memejam kedua mata, sedangkan ramai manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya.. Bagaimana dengan makanan lazat yang dinikmati.. Adakah satu perkara biasa...?

Renungkanlah!  betapa besarnya fungsi pendengaran yang ada pada kamu... fungsi penghilatan yang kamu dapat... Adakah ini satu perkara biasa..?

Kamu akan berasa gundah gelana sekira sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan kamu. Kamu terasa sayu dan rendah diri kerana kekurangan material, padalah kamu masih memiliki kunci kebahgian....dan berbagai nikmat yang tidak terhitung...renung dan bersyukurlah..namun

.....Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah SWT, tetapi mereka mengingkarinya...(An-Nahl: 83)

Janganlah begitu....tingkatkan ketakwaan dan dekatilah kekasihmu...Allah SWT

No comments:

Post a Comment